KAU MASIH MENUNGGUKU



Kau masih menungguku? di rekaat tergesa
di ambang waktu enggan menyapa
Kau masih menungguku? dengan segenap rindu
dan cintaMu

Kau masih menungguku? di kesibukan tak tentu
di jejak menghablur samar wajahmu
kau masih menungguku? dengan segenap keteduhan
haribaMu

Kau masih menungguku? aku merinduMu Cahaya
mula-mulaku
Post a Comment

Popular Posts